Sunday, August 23, 2009

Luluh..

Erti tangisan,
Tangisan yang teresak esak atau tersekat sekat?
Hehe,entahla..
Tapi tangisan,selalunya mengeluarkan air mata yang meleleh,
Lepas tu, Hingus pun akan keluar meleleh leleh kat hidung,hehe,
Dan menjadilah ta'ngusan',Wiki wiki.hihi~
Then,mulalah men'sedut-sedut' hingus itu masuk ke dalam gua yang penuh dengan semak samun,
Kadang kadang tertelan,Haha.
Masin jugak eh?? Hoho~

OKay2,Back to the topic ,haha,
Keje sembang pasal hingus .Hoho..

okay,the entry begins with~~

Tangisan,
Menghasilkan sejumlah air mata,
Punca tangisan dihasilkan?
Boleh dikatakan untuk mengurangkan rasa bebanan yang terbeban,
Pabila tangisan dimulakan,
Air mata dihasilkan,
Air mata itulah yang membawa beban itu pergi menjauh secara perlahan,
Kenapakah perlu ada tangisan?
Mengapa perlu membasahi pipi?
Terutama sekali pabila kehilangan orang tersayang,
Ya,
Kehilangan,
Tapi air mata dalam tangisan hanyalah untuk meringankan membebani hati,
Maka,hilanglah beban itu nanti,
Tapi,kehilangan orang tersayang memang patut ditangisi,
Kita bukan menangis kernanya,
Tapi kerna dia telah tiada di sisi kita,
Arakian,Tak perlu kita menangis kerna apa yang telah terjadi,
Kerna orang yang kita sayangi bukanlah satu beban,
Kerna pabila air mata turun membasahi pipi,
Menyebakkan hati,
Ia seumpama kasih sayang yang pernah wujud menjadi luluh,
Lantas luntur seperti lunturnya hati,
Justeru,
Tak perlulah ditangisi,
Tapi berdoalah agar dia terus bahagia dengan dunianya kini,
Kasih sayang itu,
Tetap takkan berubah
Kerna hati manusia takkan pernah membenci..

Dua 'S'

Assalamualaikum kepada semua,

Entry kali ini mengisahkan tentang liku-liku keseorangan hidup seseorang insan . Terkadang, dalam hidup , ada ketika kita terasa keseorangan . Perkataan kesunyian sering menghantui jalan hidup insan yang tidak mempunyai teman rapat . Tak kisahlah teman wanita atau teman lelaki mahupun seorang kawan . Tapi , maksud kesunyian itu sendiri menyelubungi jiwa seseorang yang tidak berteman .

Tapi berbeza dengan erti perkataan "sepi" . Cuba kita renungkan, perkataan sunyi sendiri pun telah membawa satu perasaan seperti persekitaran kita adalah "sunyi" yang teramat sangat . Ini bermakna tiada apa - apa di sekeliling hatinya. Ya,meskipun wujud orang lain di atas muka bumi ini, tapi ke'sepi'an adalah sesuatu perkara yang tak dapat diungkapkan .

Terpulangla,bagaimana nak mentafsirkan maksud 'sepi' dan 'sunyi' . Tapi , mengenai erti hidup , erti sepi dan sunyi lah yang mengajar kita erti kehidupan yang bahagia . Jua makna menghargai kehadiran orang yang ada di sekeliling kita. Kerna , Allah telah menciptakan manusia yang berbeza beeza paras rupa dan bangsa adalah hanya untuk saling kenal mengenal. Tetapi,di dalam perkenalan itu,Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi jugak telah membataskan pergaulan antara kita umat Islam. Iaitu batas batas pergaulan lelaki dan perempuan.

Di antaranya, merendahkan pandangan kita terhadap lelaki dan perempuan . Kalau awak tu laki,janganlah asyik usha muka perempuan je.Lebih kurang macam tu lah kiranya. Tapi,bukanlah nak suruh kita butakan mata kita.Hehe.. Kadang-kadang lelaki ni nak jugakla tengok keindahan ciptaan Allah .Subhanallah.hehehehe...kerna dah jadi lumrah,manusia tertarik dengan kecantikan.

Arakian,itu sahajalah yang dapat dikongsikan dalam perutusan blog kali ini. Buat setiap insan yang membaca, hargailah orang yang ada di sekeliling anda.Hargailah mereka...Agar hidup kita tak kesunyian dan kesepian...

Saturday, August 22, 2009

Puasa..

Mengenal erti puasa,
Taarifnya tak makan dan tak minum,
Betul betul betul,
Memang tak makan,
Tapi sebenarnya,
Puasa turut mengajar orang Islam erti cinta,
Hehe,cinta saja tak abis abis aku ni ye,
Betul,
Cuba kita usha usha,
Rasa rasakan,
Pabila puasa,Allah menggalakkan kita berbuat baik,
Derma dan zakat,

Zakat,
Ia bertujuan memupuk Muslim untuk mengasihani mereka yang dalam kesusahan,
Niat yang sebenarnya,untuk mencintai saudara seislam kita,
Wajiblah ia dilaksanakan kepada setiap Muslim,

Derma,
Jua seperti zakat,
Tapi ia tak diwajibkan,
Jua mengajar Muslim mencintai Muslim yang lain.

Kan,
Betul atau tidak,
Dunia ini memang dipenuhi aura aura CINTA,
Baguskan bila datang bulan puasa??

Kan dah dikatakan,
Cinta itu suci,
Lumrahnya memang suci.

So,jagalah CINTA kita di bulan yang penuh berkat ini,
Penuhkanla jiwa dengan cinta,
Hiasilah rohani dengan bacaan al-quran,
Beriadahlah dengan taraweh di wktu malam,
Nescaya,
Kita,
Akan perolehi CINTA si Dia yang MAHA AGUNG...

BerCINTAlah di bulan ini.....

Tuesday, August 18, 2009

# Khatimah Cinta~~~

Oh..Kidung malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...

Saturday, August 8, 2009

# Bisikan Malam...

Bila ku didatangi malam
Gelora perasaan mencengkam di jiwa
Masihkan ada lagi
Dayaku menghindar dari kealpaan

Diterjah berbagai persoalan
Dihujani air mata penyesalan
Bisakah terhapus semua
Segala dosa noda yang bertakhta

Terangi jalan hidupmu
Demgan cahaya kasih-Mu
Pimpinlah daku dengan hidayah-Mu

Tuhanku di malam syahdu ku merayu
Ampunilah segala dosaku yang lalu
Sujudku mendambakan keredhaan-Mu
Tempatkan daku di dalam rahmat-Mu

Ya Allah tunjukkan jalan kebenaran
Suburkan jiwaku dengan keimanan
Hanya pada-Mu oh Tuhan
Kusandarkan harapan

Ya Allah tunujukkanku jalan kebenaran dan kebahagiaan
Suburkan jiwaku oh Tuhan dengan keimanan
Hanya pada-Mu oh Tuhan
Ku sandarkan harapan
Ya Allah tunjukkanku jalan

Tuhanku usah kau biarkan diriku
Hanyut terleka di jiwa dunia membelenggu
Dan aku sesungguhnya pasrah pada-Mu
Hidup matiku hanyalah untuk-Mu

# Air Mata ku,milikMU..

Ya,
Ketika ini,erti cinta sebenar mula menular dalam diri,
Kerna pernah seketika dulu,
Aku buta,
Aku buta menilai erti CINTA yang Dia beri,
Sedangkan aku ralit,dungu serta leka menilai erti cinta,

Dahulu,
Cintaku tercemar hanya kerana seorang manusia,
Dia,Manusia yang tak pernah menghargai cinta manusia,
TAk mengapa,

Asalkan sekarang ku sedar bahawa pusara CINTA aku hanya ALLAH,
Tiada yang bahagia hanya CINTA setulus ikhlas kepada si DIA,
Ya,ku tahu,
Tiada insan yang mampu hidup tanpa cinta manusia,
Tapi, Cinta manusia cuma sekadar janji yang tak terbukti,
Janji janji yang remuk menghancurkan hati,
Jika boleh digambarkan keparahan hati ketika itu,
Mungkin sudah mengalir darah dari hati kerna terluka,
Justeru membasahi bumi,

Tapi,
Syukur,
Allah kuatkan hatiku,
Dengan bisikan cintaNYA,
Surat cintaNya yang setiap hari ku ulangi membacanya tanpa jemu,

Kerna,aku seorang lelaki yang lemah,
Seorang lelaki yang hidup hanya berdarahkan perkataan CINTA,
Aku seorang lelaki yang penuh dengan erti CINTA,

Arakian,
Setinggi ombak ku tanam semangat untuk melupakan cinta manusia,
Sehinggalah Dia yang membuka hatiku,
Kerna hatiku sekarang,
Milik DIA......

Ilahi Rabbiiii...........

Thursday, August 6, 2009

# S.E.P.I.

Kesepian,
Bagiku selalunya ia dapat menenangkan hati yang sedu sedan,
Terpulangla bagaimana insan menilai erti kesepian,
Sepi tanpa teman atau sepi tanpa tuhan?
Bagiku,
Kesepian itu hanya sepi sebagai seorang insan,
Tapi,
Dalam kesepian,
Kita temui,
Erti bahagia,damai,
Biarpun keseorangan,
tak dapat digambarkan bahagianya hidup berseorangan,
Tiada yang kan terluka,
Tiada hati yang kebimbangan kepada sesiapa pun,
Yang ada ,cuma diri ini yang kesepian,
Biarlah berbuih buih mereka bualkan,
Tapi,
Kita sendiri yang menentukan maksud kesepian itu,
Kesepian yang mententeramkan..
Hidup dalam dunia sendiri,
Dengan berbekalkan iman,
Biar tak dapat memiliki cinta manusia,
Asalkan dimiliki cinta Allah dan iman jadi pegangan,
Sepi itu akan tetap membahagiakan,
Bagi ku,
Satu jasad,sedunia jiwa yang menghargai erti kesepian...