Hidup,
Mendambakan ketenangan,
Tanpa tenang,
Hidup bagaikan terawang awang,
Ketenangan,
Ya,kita impikan ketenangan,
Biar solo atau berpasangan,
Setiap makhluk impikan ketenangan,
Dari ketenangan,erti bahagia mula mengekori berturutan,
Disusuri kedamaian,
Hati yag tenang,
Suasana yag tenang,
Hidup yang tenang,
Tapi,
Entahlah,Lumrah kehidupan,
Ketenangan tak dapat dirasai manisnya ia selagi belum merasai
kesusahan,
Kesusahan,ujian,kesayuan dan kepahitan serta kepedihan,
Selepas kesayuan,timbullah wajah wajah kegembiraan yang mampu
mengkondensasika titisan hujan,
Di situlah kita temui sungai ketenangan yang sebenar,
Yang penghujungnya cuma lautan,
Ibarat ketenangan yang berkekalan,
Ku temui,
Ketenangan jiwa yang menenangkan....
Thursday, July 16, 2009
# Aku Hanya Aku
Aku bukan si dia,
Si A. Samad Said,
yang pandai berkata madah pujangga,
Ku bukan P. Ramlee,
pandai membuat senyuman terukir di muka penonton,
Apatah lagi insan yang cilik bermain dengan kata kata,
Ataupun insan yang arif berasonansi dengan alam semulajadi,
Aku jua,bukan si Shakespeare yang mampu mengumpul
berbagai2 jenis puisi,
Namun ku jua bukan Romeo,
Korban cinta kepada Juliet,
Tak,tidak sama sekali,
seperti arjuna?
yang hebat memanah cinta,
Dengan kegagahannya di medan perang,
Tapi ku cuma seorang Ameer,
Yang haya mampu menuturkan alunan kata kata,
Yang mencerminkan hati ini,
Tulisan yang diibaratkan bayang bayang kepada jasadku,
Umpama hati yang terdetik,
Setiap ungkapan kata kataku iklas,
Walaupun aku hanya seorang Ameer..
Si A. Samad Said,
yang pandai berkata madah pujangga,
Ku bukan P. Ramlee,
pandai membuat senyuman terukir di muka penonton,
Apatah lagi insan yang cilik bermain dengan kata kata,
Ataupun insan yang arif berasonansi dengan alam semulajadi,
Aku jua,bukan si Shakespeare yang mampu mengumpul
berbagai2 jenis puisi,
Namun ku jua bukan Romeo,
Korban cinta kepada Juliet,
Tak,tidak sama sekali,
seperti arjuna?
yang hebat memanah cinta,
Dengan kegagahannya di medan perang,
Tapi ku cuma seorang Ameer,
Yang haya mampu menuturkan alunan kata kata,
Yang mencerminkan hati ini,
Tulisan yang diibaratkan bayang bayang kepada jasadku,
Umpama hati yang terdetik,
Setiap ungkapan kata kataku iklas,
Walaupun aku hanya seorang Ameer..
Subscribe to:
Posts (Atom)