Tuesday, March 30, 2010

Buat semua,sila baca ye...(sila skrol utk post terbaru,ni adalah sticky note)

Salam,sorry to interrupt.
huhu

Sebenarnya, baru baru ini saya sudah berjaya menyiapkan 3 buah blog untuk perkhidmatan kepada semua.

Blog tersebut adalah blog saudara-saudara saya,yang di"conduct" oleh saya sendiri sebagai admin nya.

Di dalam blog tersebut, kami menyediakan perkhidmatan untuk butik kecantikan diri dan kesegaran minda dalaman.

Selain itu,terdapat jugak satu blog yang menyediakan perkhidmatan untuk membuat tempahan kepada
HOMESTAY !!!. Yang mana kedudukan homestay tersebut terletak di Pendang ,Kedah darul Aman. So. kepada sesiapa yang mencari tempat untuk bersinggah sebelum ke perjalanan yang seterusnya, bolehlah singgah ke homestay kami . Harga yang ditawarkan boleh diketahui dengan klik di sini. Insyaallah, perkhidmatan adalah yang terbaik.
Dengan rumah yang berlatar belakangkan sawah padi.Nyaman bukan?? :))

So,lawatlah blog tersebut seprti di bawah. dan jika terdapat sebarang masalah atau sebarang penempahan, bolehlah hubungi kami di alamat blog-blog di bawah;

Sunday, March 21, 2010

Alhamdulillah....terakad juga....

alhamdulillah dipanjatkan kepada Dia,semua dah setel la ni..tinggal nak pre-reg untuk short sem di Gombak ja..haisy!! knapalah complicated sangat ha!! huhuhu..

by the way, dah lama sebenarnya tak update blog.Sebab lepas balik hari tu,kena keje denagn papa. So,saya just online di facebook,check e-mel,ym.

tu je la,nak upate blog pon tak sempat.
sori lah korang yang view blog saye tapi xder update yang tebaru,.. okes,

by the way,
11 march hari tu,result SPM 2009 dah keluar!!!
ehem3,bukan saye yang ambik exam eh,adik saye.. huhu..
alhamdulillah,banla tu dapat 10A straight...
agak berbanggalah jugak..

lepas syarat2 untuk ambik medicine dengan tajaan MARA ke JUST or maybe ke EGYPT..
doa-doakan beliau yeh...
ni adalah awajah2 student cemerlang MMAS utk SPM 2009




pendidikan syariah islamiah-A
Pendidikan quran sunnah-A
math tambahan- A+\
BI- A+
BM- A+
math- A
sejarah- A+
bio- A
chem- A
fizik- A
bhsa arab- B+ (haha,dah agak dah yg ni..hehe)
EST- B(yang ni memang xleyh blah,ramai yang kantoi)


and this is my pak ndak...

after saye msej die n gitau yg bangah dpt 10 A,die trus tinggal semue keje die
and pegi MAKTAB MAHMUD(sekolah kami).
smapi sana,die trus peluk my bangah..
then,i saw he droped some tears!!
oh my GOD !!!
he is the most susah laki2 yang nak drop tears sangat2!!!
huhu.
saye pulak yang jadi terharunya...aiseymen..huk2




alhamdulillah,semua borang,tajaan,zakat dah setel,siap diisi..
pujian syukur kepada Allah....

good luck my brother!!!
pi belajaq bagi jadi DOKTOR lekaih2 !!!!!
angkat martabat family kita yang selama ni orang dok mengata belakang !!!

chaiyouk BANGAH !!!!

Monday, March 1, 2010

Bengkak Tonsil.. :(( sob....sob...sob

hAi yOu aLL,
hari ni 1 March 2010,isnin kan? huhu..
semalam,adik saye @ adik sepupu masuk wad,sebab bengkak tonsil
ke saket tonsil entah..huhu~
tahlah,macam tu la kot.
Sebelum ni pon, die dah ade simptom2 dah.


Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan. Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.


~Tonsil
~


Tonsilitis atau penyakit radang tonsil di bahagian kerongkong adalah berpunca dari serangan kuman bakteria streptokokus. Tonsil merupakan jaringan kelenjar limfa yang pada keadaan normal berperanan membantu sistem pertahanan tubuh daripada berjangkit. Sekiranya berlaku jangkitan, tonsil akan membengkak dan merah serta menyebarkan bakteria dan virus ke seluruh tubuh.



Di kalangan orang dewasa tonsil boleh merebak melalui air liur manakala di kalangan kanak-kanak pula kerana sistem imun yang masih belum sempurna. Tonsilitis boleh terjadi beberapa kali dan cenderung untuk menjadi kronik.



Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya tonsil selain dari infeksi virus termasuklah seperti rangsangan iritasi oleh asap rokok, makanan (pedas, berminyak, basi atau diperam), faktor cuaca, suhu udara yang terlalu sejuk dan mulut yang tidak bersih.



Tonsil memberikan simptom seperti rasa nyeri ketika menelan dan kadang-kadang sakit sampai ke telinga (otalgia), bengkak dan mata merah serta bengkak sisi leher. Pada kanak-kanak ia mungkin akan meragam, tidak mahu makan, mengadu sakit telinga, sakit dan bengkak kelenjar antara dagu dan leher, rasa lesu, lenguh sendi, demam yang cukup tinggi/mengigil. Disamping itu juga, tonsil yang kronik akan meyebabkan rasa kering dan ketat dalam tonggorok, tidur berdengkur, susah bernafas, nafas berbunyi dan mulut berbau busuk.



Radang tonsil ini boleh memberi komplikasi yang lain kepada tubuh kerana berlaku penularan virus mengikut aliran darah (hematogen), ia termasuklah nanah pada peritonsil, abses farinks, radang telinga dan sinusitis, bronkitis, radang ginjal (glomerulonefrits), radang otot jantung (miokarditis) and arthritis (radang sendi).


Hari ni,dah sehari dah dia,Wafi hehe,dok di KMC.
Kedah Medical Center.
Lepas operation, die lali.Effect ubat bius kot.Huhu~

~ni gambar sket yg boleh di share~
ni ketumbuhan yang telah dibuang di belakang hidung Wafi.
Yang sebabkan dia berdengkur


~ni imej dari atas tonsil yang bengkak~
yang dah dibuang dari 'side' kiri & kanan


~agak besaq la jugak size dia.huhu~
kesian kat Wafi..huhu

haaa,ni nampak sikit imej dari bawah,sebab bende tu ade dalam botol.
nak keluarkan pon,huhu.
tak berani,takot DOC marah.
huhuhuhu


doa-doakan ya semoga die cepat sembuh dan lega
~insyaAllah~