Monday, May 2, 2011

Raudhah Cinta.....





kasih,setiap kata,ku pendamkan cinta,
terhembusnya nafas menempis amarah cinta,
takot murkaNya turun kepadaku,
kerna mengagungkan kasih manusia,
bukan cinta kepada Dia,


kasih,setiap bait kata,
ku pendamkan rindu,
terukir senyuman merungkai rindu,
tapi aku pula bimbang,
aku merinduimu melebihi aku merindui Rasulullah,
Sedangkan dia tak pernah melupakan umatnya,
lalu ku kurangkan rinduku padamu,

waktu itu,
pertemuan yang dikelilingi kekusutan,
buntu ,
tak mampu,
tapi di ketika itu hati bersatu,
walaupun aku terpaku menunggu,
tapi ku tahu,
sesuatu terjadi kerana Dia mahu ianya berlaku,

Aku benci utuk berjanji,
Tapi ,
Ku berjanji kerna cinta hati,
janji takkan membeku sekadar janji,
suatu waktu nanti janji kan terbukti,
suatu hari nanti kau kan mengerti bahawa hanya kau di hati,
sejak hari aku berjanji membukti janji.
kerna cinta,
ku ikhlaskan segalanya,
kepadaNya,
untuk cinta tak pernah ku sesali saat ini.



kasih,
mungkin kau lah yang selama ini aku tagih,
yang selama ini aku nantikan,
kau yang aku doa kan di setiap sujud aku,
semoga kau lah yang Dia tuliskan di dalam nota cintaNya kepada aku,
moga cinta Dia yang membentuk mihrab cinta kita. :)









-jika anda suka,sila komen ya- kamsahamnida ! (n_n)v