Ya,
Ketika ini,erti cinta sebenar mula menular dalam diri,
Kerna pernah seketika dulu,
Aku buta,
Aku buta menilai erti CINTA yang Dia beri,
Sedangkan aku ralit,dungu serta leka menilai erti cinta,
Dahulu,
Cintaku tercemar hanya kerana seorang manusia,
Dia,Manusia yang tak pernah menghargai cinta manusia,
TAk mengapa,
Asalkan sekarang ku sedar bahawa pusara CINTA aku hanya ALLAH,
Tiada yang bahagia hanya CINTA setulus ikhlas kepada si DIA,
Ya,ku tahu,
Tiada insan yang mampu hidup tanpa cinta manusia,
Tapi, Cinta manusia cuma sekadar janji yang tak terbukti,
Janji janji yang remuk menghancurkan hati,
Jika boleh digambarkan keparahan hati ketika itu,
Mungkin sudah mengalir darah dari hati kerna terluka,
Justeru membasahi bumi,
Tapi,
Syukur,
Allah kuatkan hatiku,
Dengan bisikan cintaNYA,
Surat cintaNya yang setiap hari ku ulangi membacanya tanpa jemu,
Kerna,aku seorang lelaki yang lemah,
Seorang lelaki yang hidup hanya berdarahkan perkataan CINTA,
Aku seorang lelaki yang penuh dengan erti CINTA,
Arakian,
Setinggi ombak ku tanam semangat untuk melupakan cinta manusia,
Sehinggalah Dia yang membuka hatiku,
Kerna hatiku sekarang,
Milik DIA......
Ilahi Rabbiiii...........
1 comment:
ok2.,.,thanx ya abg bujang.,.nnt sy usha2 tgk kat ctu.,.,
and thanx,support sy.,. ;))
Post a Comment