Assalamualaikum kepada semua,
Entry kali ini mengisahkan tentang liku-liku keseorangan hidup seseorang insan . Terkadang, dalam hidup , ada ketika kita terasa keseorangan . Perkataan kesunyian sering menghantui jalan hidup insan yang tidak mempunyai teman rapat . Tak kisahlah teman wanita atau teman lelaki mahupun seorang kawan . Tapi , maksud kesunyian itu sendiri menyelubungi jiwa seseorang yang tidak berteman .
Tapi berbeza dengan erti perkataan "sepi" . Cuba kita renungkan, perkataan sunyi sendiri pun telah membawa satu perasaan seperti persekitaran kita adalah "sunyi" yang teramat sangat . Ini bermakna tiada apa - apa di sekeliling hatinya. Ya,meskipun wujud orang lain di atas muka bumi ini, tapi ke'sepi'an adalah sesuatu perkara yang tak dapat diungkapkan .
Terpulangla,bagaimana nak mentafsirkan maksud 'sepi' dan 'sunyi' . Tapi , mengenai erti hidup , erti sepi dan sunyi lah yang mengajar kita erti kehidupan yang bahagia . Jua makna menghargai kehadiran orang yang ada di sekeliling kita. Kerna , Allah telah menciptakan manusia yang berbeza beeza paras rupa dan bangsa adalah hanya untuk saling kenal mengenal. Tetapi,di dalam perkenalan itu,Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi jugak telah membataskan pergaulan antara kita umat Islam. Iaitu batas batas pergaulan lelaki dan perempuan.
Di antaranya, merendahkan pandangan kita terhadap lelaki dan perempuan . Kalau awak tu laki,janganlah asyik usha muka perempuan je.Lebih kurang macam tu lah kiranya. Tapi,bukanlah nak suruh kita butakan mata kita.Hehe.. Kadang-kadang lelaki ni nak jugakla tengok keindahan ciptaan Allah .Subhanallah.hehehehe...kerna dah jadi lumrah,manusia tertarik dengan kecantikan.
Arakian,itu sahajalah yang dapat dikongsikan dalam perutusan blog kali ini. Buat setiap insan yang membaca, hargailah orang yang ada di sekeliling anda.Hargailah mereka...Agar hidup kita tak kesunyian dan kesepian...
No comments:
Post a Comment