Yang nak aku bicarakan pada entry kali ini adalah tentang jodoh.Aku tak sesekali malu membicarakan tentangnya kini.Berbalik kepada persoalan itu,ia adalah rezeki. Sebenarnya rezeki adalah perkataan yang bermaksud sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada setiap insan atau hambanya sebagai ganjaran atau nikmat kepada mereka seketika berada di dunia. Arakian,dengan ketetapan itulah manusia akan merasa nikmat hidup di dunia. Tetapi,di sebalik itu,rezeki juuga adalah satu ujian yang tanpa kita sedari Allah mencatitkan 'markah' kita .
Sebagai contoh yang hebat,diambilnya ajal. Seseorang hamba tidak akan menemui ajalnya selagi mana ia tidak menikmati habis semua rezeki yang ditetapkan oleh Allah itu. Justeru itu, begitulah jua persoalan mengenai 'jodoh' . Yang menjadi persoalan hangat kepada semua manusia. Walaupun lelaki.Lelaki jua mempunyai perasaan lah~
Nak dikaitkan jodoh dengan rezeki, jodoh itu adalah juga ketetapan Allah kepada setiap hamba itu. Maka apabila ia adalah rezeki, secara automatiknya jodoh itu takkan dirampas oleh orang. Ya ,aku parah,mungkin bukan rezzeki aku. Tapi sesungguhnya, INNALLAHAA"LIMULA"LIM, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap apa yang telah Dia tetapkan. Mungkin ada hikmah dan juga kebaikan di atas setiap kejadian yang menimpa setiap insan.
Rezeki adalah sesuatu yang memang ditetapkan kepada sesiapa penerimanya daripada pemilik rezeki,Allah. Nak dikatakan bukan rezeki,kalimah yang sering diungkapkan pabila sesuatu yang berlaku bukan milik kita,ia adalah berdasarkan satu contoh yang aku dengari dari mulut orang orang tua yang bercakap; " jika sesuatu itu bukan rezeki kita,anak yang dikandungkan pun boleh tergugur.Malahan,nak dikatakan tiada rezki lagi,kalau bersalin pun,anak tu boleh mati ketika bersalin.Ia adalah sebagai contoh cuma. "
Itulah yang dikatakan tiada rezeki kita. Namun di sebalik kesedihan itu, ibu dan ayah kepada anak itu akan merasa gembira pabila tiba hari akhirat kelak. Dengan kehadiran bayii itu sebagai pemberi syafaat kepada ibu bapanya. Itulah yang dikatakan ada hikmah di sebalik kejadian.
Dari sini,terbuktilah bahawa setiap ujian daripada kes bukan rezeki kita itu telah menampakkan bukti yang nyata bahawa Allah hendak menghadiahkan pelangi yang mewarnai hari hari insan dengan indah.
(mengadaptasikan karakter diriku yg selamba tapi berjiwa teguh,pegangan teguh pada Islam,mempercayai keabadian cinta dan melaksanakan janjinya,lelaki yang jujur,setia seta selalu tak pernah mengabaikan temannya)
" I'm really trying to say so much more than just those three little words,
I'm trying to say that you mean more than anyone else in th world,
That i adore you and cherish the time we spend together,
I'm trying to tell you that you are the nicest thing that ever happened to me.."
I'm trying to say that you mean more than anyone else in th world,
That i adore you and cherish the time we spend together,
I'm trying to tell you that you are the nicest thing that ever happened to me.."
No comments:
Post a Comment