Friday, November 6, 2009

Winter in Heart,Autumn inside mind..

Siapa sangka,kasih-sayang sesama manusia juga adalah satu ujian. Satu ujian yang menentukan nilai kehidupan. Bahagia ataupun tidak.Ia semua bergantung kepada bagaimana cara insan itu mengharungi dan mengendalikan rangkaian-rangkaian ujian itu. Kasih -sayang,ia amatlah bermakna kepada kita ,setiap insan.Kasih sayang ibu-ayah,anak dan ibu-ayah serta antara insan dengan insan lain.

Kadang-kadang dalam melayari bahtera kasih-sayang, ujian itu turut menjadi ombak sebagai penghalang kepada bahtera untuk menuju ke pulau kebahagiaan. Ya,susah,payah,sedih dan jua duka ketika menghadpi segala ujian. Tetapi hasilnyacukup menyinarkan,amat membahagiakan. Sebuah kehidupan yang bahgia yang bertambah-tambah bahagia. Dan ketenangan yang menyejukkan perasaan. Siapa sangka , di dalam erti kasih-sayang,tuut dijadikan wujud ujian. Astaghfirullahala'ziim. Itu semua hanya untuk menilai steguh manakah pertahanan kasih dan sayang.

Namun ujian yang paling getir ialah kehilangan orang tersayang.Walaupun masih ada tempat untuk dicurahkan kasih sayang,tapi yang telah hilang takkan pernah sama,serupa,sejenis dengan yang telah hilang. Pabila kita kehilangan orang yang kita pernah sayangi, barulah kita mengetahui bahawa pentingnya dia untuk berada di sisi kita.Kehadirannya di sisi amat didamba dam dimimpi - mimpi.

Allah sekadar menguji,menduga.Dia telah meminjamkan kasih sayang itu dengan sementara,lalu Dia mengambilnya semula.Mungkin kerna kita tak menghargainya,ataupun mungkin kerna ia tidak mengrgai kita.Lihat,betapa adilnya Allah !! Subhanallah.. Kita sepatutnya bersyukur dan sabar kerna pernah jua diberikan sebuah peluang untuk menikmati rahmatNya.

"" Hati,sudahlah,
Usahlah kau tangisi pada yang telah pergi,
Bukan kau tak tau deritanya dirimu,
Bukan kau tak mengerti pahitnya rasa itu,
Sudahlah,sudah! Berkali-kali ku berpesan,
Padamu hati,

Berhentilah mengharap pada segenap perkara jua benda yang takkan pasti,
Pada sesuatu yang tak mungkin milikmu,
Wahai hati,
Berserahlah dirimu hati pada Dia,
Pada Dia yang mencintaimu,
Pada Dia yang Sejati,
Tuhanmu yang hanya Satu!
Berharaplah pada Dia wahai hati,
Kerna pilihanNya adalah sebaik baik pilihan untukmu,
Baik di dunia,mahupun di akhirat kelak,

Bisikku pada hati,
Tabahkanlah perasaanmu menempuhi semua,
Hari-hari yang mendatang untuk membimbing
aku ke Jalan Syurga,
Dan menjadi penduduknya.."
-ameer karomi-


No comments: