mungkin para wanita mengatakan lelaki tak mempunyai perasaan dan sukar untuk menunjukkan rasa cinta mereka seperti mana yang dizahirkan oleh
perempuan.Tak ,bukan untuk menafikan,tapi itulah yang sebenarnya..
Ya,mungkin anda merasakan ini jijik untuk dilahirkan. Ya,sebab lelaki tak melahirkan semua ini,sebaliknya membuktikan dengan tindakan daripada membuktikannya dengan perkatan.
tetapi bagi saya,sudah sampai masanya untuk para wanita mengetahui bahawa lelaki semesinya mempunyai sebuah perasaan cinta yang mendalam daripada perempuan.
Bukti? Begitu banyak buktinya cinta seorang lelaki. Ya,tidak bolehlah dibandingkan perasaan cinta kepada ibu. Apa yang ingin dizahirkan di entry ini ialah, perasaan antara pasangan
,lelaki dengan perempuan.
Bukti yang membuktikan lelaki mempunyai rasa cinta yang lebih hebat telah banyak terbkti dengan pembuktian yang tak dinafikan. Cuba kita fikirkan, apa kah bukti itu?
Sebagai contoh;
Nabi Adam Alihissalam,
Baginda merasai begitu sunyi pabila berada di syurga dahulu,maka Allah
menghadiahkannya Hawa. Seorang perempuan pertama
yang lahir ke dunia. Bagaimana rasa kasih Adam kepada Hawa? Dapat kita lihat kan?
Haha,tak usahlah disebut kan tentang sebuah peperangan dahsyat pada Zaman Greek dahulu hanya kerana seorang perempuan.Kerana seorang perempuan,Hector dan Herculese berperang. Tapi,hanya kerana seorang perempuan,
beribu-ribuan yang tentera yang mati meninggalkan anak, saudara mara dan sebagainya. Bukanlah hendak dikatakan BODOH berperang hanya kerana seorang perempuan,
tapi itulah lelaki,berjuang bermati-matian hanya untuk memiliki seorang perempuan yang diperlukanya untuk hidup. Pernahkah semua fikirkan bahawa lelaki juga mempunyai
perasaan ? Hmmh, pabila dikatakan tentang cinta atau dibicarakan tentang cinta, pastinya perempuan yang asyik hebat membicarakan tentangnya. Tapi,pabila lelaki mula
berbicara,mula lah,menjadi buih mulut,mengatakn semua itu hal untuk orang perempuan. Ini lelaki,lelaki ini turut mempunyai hati,hati yang berasal dari darah. Yang mana
bentuknya dan elemennya menyamai hatimu wahai Hawa.
Tak,bukan bererti untuk mengatakan atau mencela kamu Hawa, tapi ,fahamilah,lelaki mempunyai perasaan.Juga sepertimu yang mempunyai perasaa.Cubalah fahami,
bukan sekadar memahami perasaan dengan sekadar mengangguk atau mengiyakan, tapi selami dalam hati. Dan tentunya yang pentin, PENGHARGAAN. Kerana lelaki
mudah terasa dikhianati apabila perasaannya tak dihargai.
Adakah ini ridiculous? Entah,biarlah,asalkan ada orang dapat menyedari bahawa lelaki mempunyai perasaan dan bukannya berasal dari batu yang mana hatinya turut sama batu.
Tentulah kan hati tak mempunyai batu.
Contoh yang terbesar,kita dapat lihat ciri ciri kasih sayang yang besar oleh baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihiwassalam~, yang mana ketika matinya Siti Khadijah
iaitu isteri tercinta baginda . Seperti yang kita tahu beza umur antara Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah adalah begitu jauh. Subhanallah,di dalam perkahwinan baginda,
pernahkah baginda menduakan isterinya? Takkan? Kerana cinta baginda.
. Ketika hari Siti Khadijah meninggalkan dunia,
Baginda Nabi menangis,bukan meratapi pergian Siti Khadijah, tetapi mengenangkan kembali masa masa yang pernah Baginda lalui bersama isterinya di dalam berjuang
meneruskan agama Allah, Islam. Itu adalah salah satu contoh terbesar yang boleh kaum lelaki ambil kira untuk dijadikan contoh. Sebuah cinta sejati yang lahir kerana Islam.
Contoh telah terbukti kan? Hargailah lelaki. Ya,sebelum ini,telah berjela jela panjangnya dihuraikan perkara untuk menghargai perempuan,tiba masanya
saya menulis dan berkarya untuk menyedarkan perempuan untuk turut . Pembetulan,bukan untuk menyalahkan,tetapi sekadar untuk
memberitahu cuma dan menyedarkan yang telah lalai.
"Cintailah Dia selagi hayatmu masih ada,kerna cinta Dia yang akan membawamu mencintai dia....Dia dan dia adalah berbeza...."
No comments:
Post a Comment