Sunday, February 28, 2010

poya2 di KOLOMPO dengan mamat korea ? Aik.. ;p

$shOpPinG sAkan !!!!!!!!!!!!!


haaaa,dah abes exam,penat memningkan kepala dengan exam,
pe lagi,poya2 laa..
hehehe...
maksud poya2 ni,just seronok-seronok,jalan2 mencuci mate di KL.
huhuhu..


ni aktiviti shooting utk iklan di LOT 10...ngeh3..


usha-usha pemandangan indah.
Banyak jugak abes duitnya. tiket bas lah, monorail lah,maklumla,takda kenderaan kat sana kan..huhu..

sebabnya,mamat korea sorang datang kat kl dengan keta api,keta mai takde eh...hehehe..
mamat korea = adik saya.. ;p




penat berjalan di tengah kota,mencari teman,bukannyaa mudah..lalalala~



firstly,mamat di atas ni nak pi Bukit Bintang @ Bukit Binatang.. ;p
sO,pegi la naik monorail,
"jalan imbi due please,harge= 3.60 $.." ;p

peHtu pegi di Ampang Bowl...hehehe~
jumpa sorang Rappers Hip-hop... ;p


sampai situ,aktiviti yang berpekdah dibuat;

1. usha aweks2 cun.haha..bila lagi nak usha..hehe
2. jadi model,untuk memerasankan diri selama 3 jam..ngeh3..
3. tangkap gambar lagi..ngeh2
4. shoping kat Times Square,waaaa,banyak duit abes di situ !!! huhu
5. pehtu,nek monorail balik,pegi ke Jalan Tar. Huhu...
6. bejalan pi datarn pulak,jadila model KL skit.hehehe





Exam? eXam itu peNtinG !! huhu

lt


~aLhamduLiLLah~
puJian kepada Ilahi,sebab exam dah abes 1 minggu yang lepas.
Exam chemistry , mathematics etc~

Malam exam baru terkalut2 menghafal formula, kaedah buat soalan.
Haaaa,padan muka diri sendiri.
Dah tau nanti jadi kalut,buat jugak ea?? huhu~

Then bila dah kalut, otak mula serabut, mula la nak meragut !! pe ni??
~huhuhu~

last day untuk exam,semangat gila untuk sem yang last,
abes pnuh meja (sempat lagi masuk blog...huhuhu...)


dengan


keRtas foRmuLa mathematics yang menyeronokkan !! huhu



nie puLak kertas jawapan mid sem dulu untuk ulang kaji..

jenuh la main dengan nombor-nombor..huhu~



~sekarang~


pEnat abes exam,syoq tak terkata..
sekarang tengah tinggu la pulak result EXAm.
Ya Allah,keketaran,kecuakan,semue ade.. huhu~

doakan saya berjaya ya.. !!
;)))


Sunday, February 14, 2010

Apa ingat lelaki ni batu? Simen,takde perasaan ?Salahka kalau lelaki ada perasaan ha?

Yes,aku seorang lelaki.
Aku juga seorang manusia.
Haa,manusia.
Adakah salah untuk aku mempunyai perasaan?
Adakah lelaki ni dicipta berhati batu? Tak layak untuk memiliki sekeping darah di dalam diri?
Apa cer? Habis tu,perasaan hanya untuk perempuan?
Oh ya,perempuan @ HAWA,
Berasal dari nabi rusuk Nabi Adam,
Tu pun kadang-kadang emo,merajuk,marah,
Abes? Lelaki camne? Sedangkan HAWA yang Allah cipta cuma dari rusuk nabi Adam pun ada perasaan,
Ingat lelaki takde perasaan?
Salahkah kalau aku jugak mempunyai perasaan? Menitiskan air mata di ketika keadaan yang aku hargai,sedih atau sebak.
Salahkah?
Ya,aku tetap LELAKI,
Dan akan tetap lelaki sampai bila-bila sekalipun,
Perasaan? LELAKI juga punyai perasaan,
Untuk dihargai,
Penghargaan untuk dihargai,
Aku dah letih menghargai orang,
Tapi orang tak hargai aku,
Bukanlah untuk mengharapkan kembali sesuatu yang telah aku beri,
Kadang-kadang menjadi seorang sahabat,
Pernah jugak kita berasa tak dihargai,
Letih,
Geram.
Penat.
Sedih.

Tolonglah,LELAKI jarang bertindak melalui kata-kata,
Alangkah jauh lagi dengan perkataan,
Tetapi menzahirkannya dengan perbuatan,
Tapi aku nak jadi lebih sempurna walaupun aku tak sempurna,
Aku nak lahirkan perkataan perasaan itu,
Bahawa lelaki juga punyai perasaan,
Untuk sayang dan sebaliknya.
Aku,aku berhak bahagia,
Aku berhak untuk disayangi.
Itu hak saya.

So,hargailah orang yang menyayangi anda,
Kerana sebaik-baik penjagaan perasaan,
Terutama perasaan seorang lelaki,
Hargailah mereka,
Tak kiralah kepada sahabat ka,
Suami isteri ka,
LELAKI jua punyai sekeping hati dalam badannya..



~sekian~

Saturday, February 13, 2010

Anak MAMA ke? ;p

Kan dah cakap,aku ni anak mama. Hahaha. Aku tak kisah aih. hehe. Minggu lepas buat post @ entry sal tak balik rumah di Alor Star selama 2 bulan setengah. Baru 2 bulan ,dah kecoh. Haha. Biarin aja. :p
Pastu kemaren exam math dekat dewan. Orang cuti raya,kita exam (padahal bukan kita yang raya pon.haha) Then,dok teringat la kat mama. Petang Jumaat tu, pkoi 4 30 petang kot haa. Lebih kurang lagutu la kiranya. Pastu mama tanya camni:


mama: dok buat apa?
aku: dok tidoq.ma kat mana ttu?
mama: dok di rumah la.awat paseipa?
aku: yaka,bunyi lain ja kot belakang tu
mama: dak aih,dok di rumah la
(senyap sekejap)
mama; haa,baguihla ,pi tidoq.nanti pening pulak kepala abang nak exam esok ni ha.dok buat kerja dok tidoq selalu sangat,nanti jadi biul
aku:oh,hmm.ok
.....


Time tu memang r,rindu gila kat mama. Yang peliknya kan,masa mama cakap dok kat rumah tu,aku dapat rasa bunyi angin yang dok bunyi masa mama cakap dengan aku tu,macam angin masa kita naik kereta atau bas dengan keadaan pecutan dan halaju kenderaan yang tinggi. Mula-mula dok ingat mama nak mai sini. Tapi,tak mungkinla.Sebab mama tak habaq apa pon. Takpala. Aku teruskanla tidooo. Dan tidooo.

Pukul 9 sampai 11setengah malam,aku sambung la balik study math untu exam pada hari sabtu kan. So,aku hantaq la mesej kat mama," ma doa kat abg naa,besok gerak abg awai tau. Exam abg start pukul 9" Pastu mama reply balik,"takpala mama doa,abg pi la tidoq". OK,pastu ayat last sekali tak tahan" ma dah semakin hampir dengan abg". Aku reply," Aik?" (mcm terkejut la,memang terkejut pon.haha) Pastu ma tak reply. Aku call adik aku yang kat Kedah.

aku: weh bangah,mama ada dak?
bangah : ada,dok lam bilik.
aku: yaka? aku rasa macam mama mai kat aku ja ni
bangah: aih,tadak aih.mama dok lam ilik nuuu
aku: yaka,ooo.Takpa-takpa.aku ingat mama mai sini
bangah: dak aih,ma dok lam bilik
aku:ok2.samekom


pastu,mama send mesej," ma dok kat hotel Pan Pacific ni". Mak aii!!! Tersedu aku, Terus aku call,buat 3g. Huhu. Masa tu,terharu,tersebak semua ada. Ayaq mata dah meleleh dah. Huhuu. Pastu sembangla pa yang patut. Haha. Sensored sikit. Haha. Abes tu,abes video call,aku pun straight study sampai ke pagi besok. Huhu. Takleh tido sebab teringat kat buku. huhu.

Abes exam,pukul 12,terus mama,paksu,ciknah,makteh,pakcik mai ambik aku di UIA. Pastu,terus pi jalan2. Haha. Yang lawaknya,baju exam pon tak tukar, kalkulator pun bawak sekali. Hahaha. Pi SOGO la,shopping HANDBAG. Kat situ kan tetiap hari SALE !! Haha. Syurga membeli belah la kat JALAN TAR tu ha,semua benda ada. Bawak buku cek pun boleh habis kalau nak shopping kat situ. Bayangkan,bejalan dari pkul 2 stengah sampai pukul 6 !! Ahaha,mau tercabbut lutut,kaki bejalan.Huhu. Ada la paksu beli baju kat ku di REJECT SHOP.Thankx paksu. Hehehe. Bertuah aku. Hehe...

Abes tu, pi la pulak umah bang ji and kak hazirah di bangi a.k.a. Sungai Merap. Jumpa la pemily pak long. Orang Sungai Jagong sampai awai lagi wey !! Haha. Dengan maklong,paklong,pijah,cekirah dengan awang muni .Awai lagi depa sampai rupanya. hUHu.. Itulah,hari2 yang paling bes !! Dapat jumpa cabai tumbuk version Kedah punya !!! Haha. 2 bulan tak jumpa,mengidam gila !! Huhu. Sorry la,tak sempay tangkap gamba utk di_share. Coz happy sesangat kemaren.

haaa,tapi ni ada la sebijik gambar pak long n family di umah bang ji.. hehehee...



ni sajak utk ibu:
" Biar hilang seorang awek,
Tapi aku tak sanggup hilang seorang MAMA,
Biar ditinggal awek,
Tapi aku tak sanggup ditinggal oleh seorang AYAH.. "






~ I LOVE YOU MAMA , AYAH, MY BIG FAMILY,DARI PAK LONG SAMPAI PAK SU~

Wednesday, February 10, 2010

Sampai bila aku nak kalau ni??

""Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi""


namun,kita cuma ber"kalau",
sampai bila kita hanya berpegang kepada kalau? sampai bila kita cuma ber"kalau"? samapi bila kita nak tunggu masa yang sesuai untuk memahami konsep ketuhanan? konsep tawhid!!?? sampai bila? Kita tidak akan memahami konsep Yang Esa,selagi mana kita takbur ! Selagi mana kita riak ! Selagi mana kita bangga dengan diri ! Bahkan,sesapa yang merasakan bahawa dia sudah cukup merendah diri pun tergolong dalam sifat riak! Nau'zubillah !! Pernah tak kita pikir kan? Apa yang kita cakapkan seharian,apa yang keluar dari mlut kita,apa yang tersirat dalam kepala otak kita,pernah tak kita pikirkan kita ni sebenarnya tak layak hidup di dunia! Ni,ada jugak yang berasa riak kepada harta yang dimiliki, kuasa yang dia pegang, pangkat yang dia takhtaki(entah ada ka tak perkataan ni aku pun tatau),KEAYUAN RUPA YANG DIMILIKI. Masih bolehkah kita riak dengan semua yang hanya Allah yang bagi? Masih hebatkah kita? Masih kaya kah kita? Setelah semua apa yang kita miliki ni hanya pinjaman dari Allah,bahkan tak layak pun untuk meminjam .

Kerana kita yang hina ni! Sering kali lupakan Dia. Layak kah aku? layakkah anda? layakkah kita? Apa hebat lagikah kita di saat ini? Sehebat kau berkata-kata, semantap mana pun hujahmu,namun,janganlah membesarkan dirimu !! Kerana Dia lagi besar.Hilangkanlah "kalau" itu,justeru kita kembali kepada Dia. Kalau berasa hebat sangat,hebat maki orang,hebat mengatakan diri kaya,hebat mengatakan diri cantik, blah ! Berambuslah kita dari dunia Allah ini. Kerana kita riak mengatakan diri kita ini hebat. Astagfirullah ! Astagfirullah ! Astagfirullah ! . Post ini tak ditujukan kepada sesapa, tetapi ditujukan kepada semua umat Islam . Agar kita sedar diri kita,bahawa tak layak pun kita ni untuk dibanggakan !!


"Kita cuma datang dari air mani yang keluar dari kemaluan,dan juga lahir dari kemaluan! Fikirkanlah, "

dan,dengar lagu ni betul-betul..

Hehe,pomote la skit kan..







Tuesday, February 9, 2010

Cuma aL-fatihah mampu ku sampaikan sebagai hadiah persahatan..


Ya Allah,semoga pemergiannya meninggalkan sejuta pemikiran di hati setiap insan.
Hamiza, walaupun dia lebih tu adari saya,dah jadi pangkat kakak dah pun, rasa macam kawan jugak la kan. Huhu. Dah lama kenal dia. Di blog, arwah Hamiza jugak banyak pos entry-entry yang berkaitan hal-hal agama. Kadang-kadang banyak jugak pasal perkara yang kita semua tak tau yang pernah arwah postkan di BLOG arwah.

Yang paling tak leh lupa, arwah selalu post gambar budak pempuan comel. Haha. Tapi tak tahu lak pempuan tu sape. Tanya dia,dia cakap gamba dia. Huhu.. Hari ni, saya semak-semak link dekat bloggers member saya , tengok-tengok ada post Al-Fatihah kepada pemilik blog ini (blog http://hamiza-nky.blogspot.com/) . Saya terkedu , terkejut .Pastu sebak sekejap. Rasa macam hilang sorang kakak. Ya lah,sebelum ni, pernah jugak YM dengan arwah, sembang-sembang sikit. Tapi, setelah lama tak contact, hari ni saya nak try la tanyakan khabar sahabat bloggers kan, tiba-tiba , al-fatihah yang patut saya berikan untuk contact arwah . Sedih. Terkejut sebab kematian seorang kakak. Kawan-kawan, sedekahkan al-fatihah eh untuk arwah. Even korang tak kenal,tapi tak salahkan? Thanx ..



Moga-moga roh arwah Hamiza, Allah berkati,Allah rahmati roh arwah dan tempatkan rohnya bersama syuhada'. Biar tak berjuangdi medan perang, tapi berjuang di medan blog untuk perbaiki diri dan sahabat sahabat seislam bloggers. Ya Allah, saya terkedu dengan sebuah kehilangan. Terasa sangat-sangat. Huhuhu.... Moga Allah merahmati beliau... Huhu...



------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, February 7, 2010

Semua atau takde langsung ???

Smiley Faces
Smiley Faces
Salam,selamat sejahtera buat you all,hopefully korang
sehat,happy,enjoy or tersenyum for your whole day today. Smiley Faces
Pagi tadi,haha,lam pukul bape ntah, saya ada dapat or
di_introduced_kan dengan lagu baru !!!! . Padahal lagu ni dah lama,
Haha. Best jugak,its not just dia punya sounds or music
dia,but, its meaning. Bila dengar betul-betul, waa,it makes
me surprise. Tentu korang nak tau kan ape lagu dia. Hehe. Its
sounds like this,chorus dia lah

"CAUSE I WANT IT ALL,
OR
NOTHING AT ALL,
THERE'S NO WHERE LEFT TO FALL,
WHEN
YOU REACH THE BOTTOM
IT'S NOW OR NEVER".



Firts time dengar dulu,memang dah tahu lagu ni macam
sedih-sedih sikit sebab care dia sampaikan tu kan. I meant the
feeling tu boleh sampai melalui suara kan. So sorry guys, yang
ni ja la yang mampu saya share untuk post terbaru ni ,iaitu a
new songs yang kawan saya introducedkan. She is Shiela.
Haha,nanti kompem die marah sebab iklankan nama dia kat
sini. Haahaa,Shiela,sorry, tapi nak tules gak nama awak. Haha. Smiley FacesDia ni
suka sangat dengar lagu EnglishSmiley Faces. Haha. Good to her. Ok pe
kan? Haha. Jangan marah ea. Smiley Faces

Okay, berbalik pada lagu tu, nanti korang kat you-tube eh, or
takpun korang klik play jek kat bawah ni ha. Hehe.. Kesian
korang,takyah la penat-penat seach nanti kan. korang dengar
betul-betul. Ala,buat-buat je la macam korang yang ada
dalam situasi ni. Haa,jangan ade pulak yang melelh air mata
nanti !! Tak tahan saya dengar orang nanges ni ha Smiley Faces

All or Nothing - by WESTLIFE




Hahaha, so then, enjoy that songs okay you all !!! And once
again,appreciatelah orang yang sayang kita di dunia ni okay,
sebab susah untuk orang menyayangi kita ni sebenarnya.
OKay ?? Bak kata iklan tv kan " sayangilah orang yang
tersayang" . Haha , see!! Maksud die lebih kurang kan?? Hehe.

So,that's all untuk entry kali ini. By the way, this songs
meants so much to me. I hope u all can smile after dengar
this songs. Ala,memangla lagu sedih. But face it with smile
ok? So that you will be tough. Because I love to see people
smile and laugh.. :))Smiley Faces



sMiLe aLwaYs feLLa$ !!!!

Thursday, February 4, 2010

# Bumbung biru dari sesawang !! #

Wow,it has been 2 bulan setengah since i

tinggalkan rumah i. Tapi bukan lari rumah tau.

Hahaha. It meants, i datang UIA then tak balik-

balik rumah lagi selepas tu. Hmmm. So homesick

gila !!!! Sape cakap laki takleh homesick arrr??

Hahaha. Boleh pe. Boleh sesangat. Pahala besar

tau bila sorang anak ingat kat mak pak dia.

Hehehe.

Hemmm,bila dah tak boleh balik,sebab EXAM !!!

saya pun usha je la guna GOOGLE EARTH untuk

ubati rindu. Huhu~

Boleh nampak bumbung biru ni dari langit pun

jadila LABU. Walaupun gambar 4 tahun lepas .

HUK3 !!! Siot je kan internet.Ambikla gambar

baru pulak.Huhuhu~








Minggu depan raya cina ! Tepat 13 Februari, ada

EXAM !!! WAAAAA !!! Takleh balik lagi !! huhuhu..

Kesian gila kat diri sendiri. Hoyeh !

Tahniah..huhu..

Pehtu,tcegat la dalam UIA ni sengsorang haa.

Sampai 23 Feb ni,baru balik. Tiket Air-Asia dah

tempah !!! Yeayyyy !!! Tu pun, lagi bes,adik i

datang sini. Dia sangap nak datang sini lepas habis

SPM. Nak round2 KL sebelum pegi OVC la katanya.

Ahahahaa.. So,takpela,nakk datang,datang,i tak

halang.Tapi ,mau kena belanja i la !!! hahaha...




Itulah saja entry tuk kali ni. hihihi~


~riNdu suDah teRubat pAbiLa nAmpak bUmbUng biRu~

hahaha..