Monday, March 1, 2010

Bengkak Tonsil.. :(( sob....sob...sob

hAi yOu aLL,
hari ni 1 March 2010,isnin kan? huhu..
semalam,adik saye @ adik sepupu masuk wad,sebab bengkak tonsil
ke saket tonsil entah..huhu~
tahlah,macam tu la kot.
Sebelum ni pon, die dah ade simptom2 dah.


Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan. Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.


~Tonsil
~


Tonsilitis atau penyakit radang tonsil di bahagian kerongkong adalah berpunca dari serangan kuman bakteria streptokokus. Tonsil merupakan jaringan kelenjar limfa yang pada keadaan normal berperanan membantu sistem pertahanan tubuh daripada berjangkit. Sekiranya berlaku jangkitan, tonsil akan membengkak dan merah serta menyebarkan bakteria dan virus ke seluruh tubuh.



Di kalangan orang dewasa tonsil boleh merebak melalui air liur manakala di kalangan kanak-kanak pula kerana sistem imun yang masih belum sempurna. Tonsilitis boleh terjadi beberapa kali dan cenderung untuk menjadi kronik.



Ada beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya tonsil selain dari infeksi virus termasuklah seperti rangsangan iritasi oleh asap rokok, makanan (pedas, berminyak, basi atau diperam), faktor cuaca, suhu udara yang terlalu sejuk dan mulut yang tidak bersih.



Tonsil memberikan simptom seperti rasa nyeri ketika menelan dan kadang-kadang sakit sampai ke telinga (otalgia), bengkak dan mata merah serta bengkak sisi leher. Pada kanak-kanak ia mungkin akan meragam, tidak mahu makan, mengadu sakit telinga, sakit dan bengkak kelenjar antara dagu dan leher, rasa lesu, lenguh sendi, demam yang cukup tinggi/mengigil. Disamping itu juga, tonsil yang kronik akan meyebabkan rasa kering dan ketat dalam tonggorok, tidur berdengkur, susah bernafas, nafas berbunyi dan mulut berbau busuk.



Radang tonsil ini boleh memberi komplikasi yang lain kepada tubuh kerana berlaku penularan virus mengikut aliran darah (hematogen), ia termasuklah nanah pada peritonsil, abses farinks, radang telinga dan sinusitis, bronkitis, radang ginjal (glomerulonefrits), radang otot jantung (miokarditis) and arthritis (radang sendi).


Hari ni,dah sehari dah dia,Wafi hehe,dok di KMC.
Kedah Medical Center.
Lepas operation, die lali.Effect ubat bius kot.Huhu~

~ni gambar sket yg boleh di share~
ni ketumbuhan yang telah dibuang di belakang hidung Wafi.
Yang sebabkan dia berdengkur


~ni imej dari atas tonsil yang bengkak~
yang dah dibuang dari 'side' kiri & kanan


~agak besaq la jugak size dia.huhu~
kesian kat Wafi..huhu

haaa,ni nampak sikit imej dari bawah,sebab bende tu ade dalam botol.
nak keluarkan pon,huhu.
tak berani,takot DOC marah.
huhuhuhu


doa-doakan ya semoga die cepat sembuh dan lega
~insyaAllah~




7 comments:

akudandia said...

salam..

doakan moga cepat sempuh..
pnyakit wafi sam cm nyakit hani..
p dah lama hani xkena cz asyik jaga pemakanan..
so doakn semoga cepat sembuh n kembali normal

AmeerKaromi said...

insyaAllah...
syafakillah HANI ye...
jage makan tu..jgn mnum ais byk..hehee~

nur.sa said...

oo.itu ke bentuk tonsilnya.selama ni asik dengar org cakap tonsil..tonsil.. naseb baik kak xde penyakit tu..

AmeerKaromi said...

aah..tu la bntuk die..tapi mngikut usia tonsil tu la..klau lame,besa la..hehehe....

AmeerKaromi said...

aah..tu la bntuk die..tapi mngikut usia tonsil tu la..klau lame,besa la..hehehe....

niesz said...

suh die rajin2 mkn ubat ek..rest cukup2..hope get well soon..

Unknown said...

Huhu,, perit kena tonsil.. dulu tiap-tiap bulan saya kena tonsil.. sakit tu ya allah tuhan je yang tau..Dr ni da cam muka dan sampai nak operate.. tapi sekarang alhamdulillah.. da stop... ada rahsianya if nak sembuhkan tonsil tanpa operate.. dan operate pun belum tentu da taknaik.. memang sejarah hitam la kalo naik balik.. hhuuuhuu. do contact me okeh 010-9333205