Saturday, January 21, 2012

Jenis-jenis blogger geger gegar !!!!

Bahhahaa, baca tajuk pon dah tau kan apa jenis-jenis blogger yang ada di Malaysia ni.


Blogger boleh dikategorikan kepada 2 jenis beriku , mengikut JANTINA dan GENRE.


JANTINA


LELAKI

Almost la, selalunya lelaki ni dia punya blog lebih sesuia untuk formaliti. Kadang-kadang membawa kebosanan. Haha. Sebab lelaki lebih suka bercakap tentang fakta berbanding perkara-perkara picisan#mengarut@lagha..
Mostly,lelaki yang aktif blog ni, banyak menulis dan mengarang tentang POLITIK , KEFAHAMAN , IDEALISM , METHODOLOGY .
Tetapi ada ja lelaki yang menulis pasal picisan, tapi itu adalah cabang-cabang yang akan dijelaskan selepas ini .
Sebab perkara pertama nak dihuraikan adalah *commonly terms yang ditulis dalam blog oleh jantina yang berbeda(indon sikit,terpengaruh dengan kawan2 indin) haha..



PEREMPUAN


Hahahahahaha,
mostly, blog ni dah memang synonim dengan perempuan.
Okay,kat sini ada la satu nasihat kan sikit,
sikit ja,bukan nak jaga tepi kain orang, busuk bah kain kau. Tak kuasa nak jaga.

Kebanyakan perempuan , update entry di blog dengan menceritakan cerita peribadi sendiri .
Kadang-kadang ada jugak yang hapdet pasai cerita, masalah , kegusaran diri dan mental dan sentimental dan ada jugak yang sampai sakit mental.

Di sini , pak long nak pesan sikitla kat hampa semua , tak payahla dok boh pasai peribadi hampa kat blog , bukan apa , perempuan ni, banyak sikit kena jaga pasal diri sendiri , jangan exposekan diri sangat ke public . Ada certain benda yang hampa kena simpan untuk diri sendiri jugak.
Dah jadi macam "PUBLIC DIARY" pulak blog hampa .
So , tak berapa nak syoq la kenai-kenai dari blog . Sebab mungkin ada benda yang tak betoi , ada benda yang berbau-bau ikan kering*hipokrasi.
Ye la kan , nak orang baca cerita kita, takkan kita nak boh yang pelik-pelik atau sumbang-sumbang kan.

So , sesapa yang baca ni, harap ambik iktibar . Lex la, pak long bagi pendapat ja, hampa nak terima ka dak , tu hampa punya pasai. Sebab pak long tengok la ni ramai pempuan dah macam terlalu mengexposekan diri ke publik.
Lebih mahukan glamour , femes. Pastu bila dah pemes , mula lah fotoshooting sana situ sini* macam lgu Siti Situ Sana Sini tu.
Pastu , bermulalah episod mengexposekan muka ke khalayak ramai,
upload gambar dalam Facebook , MySpace*dah ketinggalan broo kalau main MySpace..haha..
Exposekan muka exposekan kecantikan. Maka kecantikan anda lama-lama akan menjadi boring.
Kecantikan anda tu bukan untuk dibangga-bangga. Sebab Allah bagi kecantikan tu sebab Allah nak uji hampa. Allah nak tengok hampa bersyukur ka dak.
Kalau bersyukur,hampa akan jaga elok-elok, tak dak lah nak berkongsi boh gambar di Facebook. Letih...


GENRE

Politik

Ini adalah cabang genre yang agak sensitif dan boleh bawak PUKOL ! orang cakap . COntohnya seperti ayahgomogomo dan jugak horlicksuam dan bapaksungaiderhaka *bukan nama sebenar.
Penulisan jenis ini mendorong kepada memilih haluan kiri atau kanan.
LEBIH perlukan keberhati-hatian dalam arena penulisan . Kerana sedikit tersilap fakta atau sedikit melatah , anda akan dikutuk serapat-rapat katak yang ditindih oleh tayar trak yang bawak muatan lembu untuk korban*lembu korban selalunya lebih berisi daripada lembu biasa.



Picisan atau menumpang femes artis ?


Genre seperti ini kelihatannya lebih banyak menular seperti ular yang berbisa . Bisa picisan ini boleh membawak manusia lebih lalai , lebih banyak update pasai artis . Lebih banyak mengikuti perkembangan artis , perkembangan perut artis , perkembangan kain , atau kekurangan kain pada baju artis.
Blogger yang menggunakan genre seperti ini adalah selalunya lebih lalai kepada hiburan semata-mata. Bajet ko tu artis jugak la eh ? Tolong lah..
Allah dah janji geng-geng artis ni , akan beroleh dosa jika hiburan yang depa bawak tu menjadi *tahik seperti yang Ustaz Azhar Idrus kita habaq ritu . Dop tahu ke ape yang die kabo ? Tu la , ikut perkembangan artis ngat , tapi hok ustaz kabo dop ambik berat. Pahtu nati kalu mok mu mati , panggil la artis hok mu sanjung tu gi bace yaasin , bakpe panggil ustaz? pandai gop nak panggil ustaz bile mok ayoh mati .
Padahal , kalu ustaz pesan macam-macam , mu buat tak tahu je..Masuk telinge kiri ,tubik pon kiri gop. Tak dan nok masok dalam..

So, yang blogger jenis mendapat publisiti murahan ni berjaga-jaga lah ye. Jangan bagi dosa tesepuk atas palo !


Jiwang atau romantis ?

Haaaa, ni pak long suka..hahaha...
Baik buat macam ni daripada dok mengarot tulis picisan , buat orang sakit hati dengan tulis maki-makian dalam politik.
Buat entry-entry jiwang dan romangelitik sampai orang yang membacanya muntah hijau.
Macam ni ya anak-anak kalau muntah hijau
hahaha...

Biar hati berbicara tentang keikhlasan sanubari,
Biar hujan turut sama menangisi luahan isi hati,
Biar aku di sini menanti mu seikhlas penuh hati,
Biar aku redha pada Ilahi atas apa pun yang kan terjadi ...




habiiiissss...sapa tak suka , gua sikit pon tak goyang...opppsss,pengaruh KL Gengster..hahaha..






-jika anda suka,sila komen ya- kamsahamnida ! (n_n)v

No comments: