Monday, December 14, 2009

Islam Makes Love Beautiful Than We Thought




Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.




Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam


Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.


Lagu Pilihan Admin_Usah Putus Asa oleh Mirwana&Akbar

Untuk mereka yang masih menimba ilmu
, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"

Ingin Cantik,tapi anggun,dalam masa yg sama solehah

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.Smiley Faces

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.Smiley Faces

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



Smiley Faces(~,^)v
pEace !! Smiley Faces

Jom Kita Semua Join!! Terhad Ni

Fewwit : Mencari Cinta Sempurna
www.iLuvislam.com
Team Event iLuvislam.com Malaysia


Promosi!!

Bagi mereka yang mendaftar secara berkumpulan :
  • Daftar tiga orang sekali, percuma satu seat
  • Daftar lima orang sekali, percuma dua seats

Buat Duit??
  • Bagi mereka yang telah membayar yuran dan mendaftar, anda akan berpeluang membuat duit dengan mendaftarkan orang lain! Email berkenaan akan diberikan kepada anda.

Forum Mencari Cinta Sempurna


iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) akan mengadakan sebuah program berkala yang dinamakan Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT).

Sempena cuti persekolahan, cuti semester IPTA dan pelancaran rasmi akhbar majalah mingguan iLuvislam terbitan KKSB, kami akan mengadakan sebuah forum menarik bertajuk "Mencari Cinta Sempurna".

Forum ini bakal menampilkan 3 orang panelis yang hebat lagi berpengalaman dan seorang moderator forum yang berdedikasi. Mereka adalah :

Panelis:

1. Datin Zaleha Omar
  • 30 tahun berpengalaman dalam bidang latihan(training), Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi Korporat.
  • Perunding imej di 3 sekolah perunding imej antarabangsa termasuk Robert Pante' Productivity (Amerika Syarikat) dan Asia Pacific Productivity Organisation (Tokyo, Jepun).
  • Pernah menjadi Ketua Unit Pengurusan dan Keusahawanan RISDA dan memegang beberapa jawatan atasan di Perbadanan Negeri Johor
  • Menyertai pelbagai seminar yang dikendalikan oleh personaliti-personaliti terkenal dunia dalam bidang pengurusan seperti Zig Ziglar, Anthony Robbins, Bob Proctor, Tom Hopkins, John Kalench dan sebagainya
  • Menjadi perunding(konsultan) di beberapa subsidari seperti Pembangunan Industri, Johor Land Berhad, KPJ Sdn. Bhd., Suhaimi Salleh Associates. Sdn. Bhd. dan lain-lain.
  • Telah melatih ribuan orang dalam pelbagai bidang seperti Pengurusan Strategik, Pengurusan Am, Kepimpinan, Komunikasi, Pengurusan Stres dan Kesihatan, Imej Saya dan Imej Organisasi, Pengurusan Fesyen, Perhubungan Pemasaran, Imej dan Personaliti, motivasi dan sebagainya.
  • Ketua Biro Perhubungan Awam & Publisiti, Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Malaysia
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari University of Ohio, Amerika Syarikat

2. Fadzli Yusuf

  • Principal Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional), dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja).
  • Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.
  • NLP Coach dan NLP Master Practitioner (NFNLP, Florida)
  • Certified Profesional Trainer oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
  • Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan pensyarah IPTA.
  • Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).
  • Penulis lebih 10 buah buku termasuk buku bestseller 55 Petua Orang Berjaya.
  • Kini, lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.
  • Buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah terpilih sebagai Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2008 (Kategori Non-fiksyen).
  • Buku Mengurus Kerja dan Waktu, menjadi rujukan rasmi dalam silibus ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
  • Ijazah Sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.

3. Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre
  • Ketua Moderator Agama iLuvislam.com.
  • Kini merupakan Setiausaha Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).
  • Berpengalaman selama lebih kurang 5 tahun sebagai 'murabbi' bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, United Kingdom dan Ireland.
  • Bekas pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
  • Lulusan Masters Perbandingan Mazhab dari Open Universty Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Moderator Forum :

Nuur Zaffan Khalid
  • Editor iLuvislam.com
  • Aktif sebagai fasilitator dalam program-program kemasyarakatan di United Kingdom
  • Menjadi motivator dalam program-program motivasi di sekolah-sekolah Malaysia
  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina, University of Nottingham, United Kingdom

Penampilan Istimewa


Di akhir forum akan diadakan persembahan nasyid oleh penasyid solo yang terkenal, saudara Muadz.

Forum Mencari Cinta Sempurna


Info Lanjut Berkenaan Forum


  • Tarikh : 19 Disember 2009
  • Masa : 10 pagi - 1 petang
  • Tempat : INSPEN, Bangi
  • Yuran : RM 10 (peserta akan mendapat cenderamata istimewa FEWWIT, makanan, majalah, akhbar dan pengangkutan 'shuttle bus' dari stesyen komuter Serdang ke INSPEn dan dari INSPEN ke stesyen komuter Serdang)

Mengapa Perlu Membayar Yuran RM 10?

Bagi pengetahuan semua, RM 10 itu akan digunakan sepenuhnya untuk menampung kos program. Andai ada lebihan, pihak iLuvislam.com akan simpan wang tersebut untuk dimanfaatkan bagi program-program akan datang.



Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :

Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : admin[at]iluvislam[dot]com

Pembayaran boleh dilakukan samada melalui:
  • maybank2u.com
  • CIMB Click
  • mesin deposit Maybank
  • kaunter cawangan Maybank berhampiran
Anda dikehendaki menyimpan bukti pembayaran dan mengingati tarikh serta masa pembayaran dibuat.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:

Klik sini untuk borang pendaftaran Fewwit : Mencari Cinta Sempurna


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan kepada iluvislam.program@gmail.com.


Promosi!!

Bagi mereka yang mendaftar secara berkumpulan :
  • Daftar tiga orang sekali, percuma satu seat
  • Daftar lima orang sekali, percuma dua seats

Buat Duit??
  • Bagi mereka yang telah membayar yuran dan mendaftar, anda akan berpeluang membuat duit dengan mendaftarkan orang lain! Email berkenaan akan diberikan kepada anda.






Program Optional - Majlis Bual Santai

Selepas berlangsungnya forum di atas, akan diadakan sebuah program santai yang diberi nama Majlis Bual Santai, bermula 2.15 petang sehingga 3.45 petang.

Majlis santai ini bertujuan merapatkan silaturrahim di kalangan hadirin yang hadir dan krew-krew iLuvislam.com serta warga kerja akhbar majalah mingguan iLuvislam. Selain itu, akan diadakan perkongsian idea bersama hadirin yang hadir.

Namun program ini hanya sesuai untuk mereka yang berkenderaan sendiri kerana 'shuttle bus' dari INSPEN ke stesyen komuter Serdang akan beroperasi setelah tamatnya forum.

Berikan aku,ia,cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Saturday, December 12, 2009

Nak Jadi Macam Diorang lah!!

Semua orang akan terbeliak bila melihat penyanyi menyanyi dalam masa tempoh sejam sahaja, sudah mendapat RM70000. Fakta ini bukanlah satu gurauan, namun itulah realiti dalam negara ini. Bayangkan dengan mengeluarkan suara dalam masa demikian, anda boleh jadi jutawan dalam sekelip mata (mengalahkan gaji pengurus dalam masa setahun tue) Siapa lagi kalau bukan artis-artis yang mendapat nama di Negara ini seperti Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Anuar Zain dan Jaclyn Victor. Jom lihat jadual harga nyanyian mereka jika u'all mahu menempah mereka buat show time kahwin u'all. DATUK SITI NURHALIZA * RM45,000 untuk persembahan selama 30 minit * RM70,000 untuk persembahan selama 1 jam DATUK SHEILA MAJID * RM35,000 untuk persembahan selama 30 minit * RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam ANUAR ZAIN * RM25,000 untuk persembahan selama 30 minit * RM55,000 untuk persembahan selama 1 jam

JACLYN VICTOR

* RM18,000 untuk persembahan selama 30 minit
* RM30,000 untuk persembahan selama 1 j am

Friday, December 11, 2009

Kenapa Harus Terjadi...

sahabat,
seprti satu patah perkataan sahaja,
yang tak pernah selalu orang menghargainya,
dengan sahabta kita berkongsi semuanya,
tak kira lah jantina nya itu,

ketika sedih,ada bersama,
tapi ketika gembira,
hilang entah ke mana,
terutama pabila sahabanya mula jamengenali cinta pada orang lain,

sahabat itu,
ditinggalkan,
ya,mungkin akan dicari kembali ketika sedih,

antara cinta dan sahabat,
kenapa,sebelum ini,semuanya diadukan kepada aku,
tentang sedihmu,
tentang bimbangmu untuk menjaga dia,
tentang tentang yang tak pernah aku jauhkan diri aku daripadamu,
ketika kau menghadapi masalah itu,
aku lah yang ada,
bukan dia yang kau simpan dalam hati itu,
taapi kesudahan,
dalam sedih ,kau kembali pada aku,mencari jawapan untuk segala permasalahan,

aku,aku bukan sesiapa,
tapi aku punyai hati,
hargai sahabat mu,

dan,sahabat,
ketika kau kehilangan cinta ,aku ada,
tapi ketika cinta mula aku rasakan,
kau pulang pada dia,
padahal,kau mencurahkan masalah padaku,
tapi,kegembiraan,kau rasai hanya dengan dirimu seorang,
mungkin ada juga yang mengatakan " banyak yang memberi dengan mengharapkan pembalasan",
tapi tidak,apa kau ingat aku bersamamu untuk apa?

kenapa,tak menjagai hati sahabatmu sendiri,
kenapa,kau pentingkan dirimu sendiri?
pernah kau ingat tak,saat dia menimbulkan msalah padamu,
siapa yang ada?
siapa? siapa?
tak ada sesiapa,cuma aku!
cuma AKU !
AKU sorang!

Wednesday, December 9, 2009

Hangat!! 10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta
www.iluvislam.com
Oleh : ibnulatef
Editor : ibnulatef


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

Hati Kita Perlukan Sebuah Penghargaan

Meniti detik demi detik yang berlalu, setiap perkara yang terlintas , yang tergambar dan terjadi pasti sering dimuatkan dalam benak hati
atau segenap hidup. Entah kenapa , walhal resolusi perkara yang terjadi amatlah besar jika hendak dibandingkan dengan piksel-piksel yang ada
didalam monitor kepala. Smiley FacesCuba,coba pula kita pandang pada sekekliling,apa yang ada?
Tiada apa apakah? Cuma perkara yang biasa yang sedang berlaku. Saban hari, perkara itu semakin berulang menjadi perkara
yang arakian yang yang sama,juga yang sering berulang. Hemm~Smiley Faces

Ada seketika, ada beberapa perkara akan pergi dan menjauhi . Saat saat yang manis, yang pernah berlaku. takkan lagi berulang. Malahan,
jika terjadinya lagipun, ia takkan sesekali sama terasa manisnya sepserti yang pernah terjadi. Kerana manis yang pernah dirasa takkan dapat menyamai manisnya
manisan yang sama tapi berulang semula.Smiley Faces Takkan sama sekali-kali !!!

" Saat ini ku cerita,
bisik hati, segala rahsia,
Hati kamu,terukir namamu"Smiley Faces

"ku sedari,
saat manis akan pergi ,
biar aku mati kerana aku perlu kamu,.."Smiley Faces

(Ajai & Kris Dayanti)

Dalam menghargai semua yang manis yang pernah terjadi dalam hidup kita,segenap hati pun perlu
menghargai sekelilingnya.Siapa dia,apa yang terjadi serta perkara yang paling manis pernah terjadi. Hmmmph,di dunia,ada juga segelintir
bahkan ramai manusia yang jarang menghargai detik-detik dan jua orang yang memaniskan saat-saat hidupnya. Bahkan sering diluputkan
dai ingatan. Betapa sellfishnya !!!

Kemanisan yang memelihara hati,menghidupkan aura diri,mewarnai sanubari.Namun,ia bukanlah sekadar manisan yang membawa kebahagiaan,
malahan membawa erti hidup seseorang kepada destinasi ke pulau yang lebih jauh besar pengertiannya .Kerna ombak laut sebelum sampai
ke pantai adalah ibarat hasad hasad dengki yang sering memukul bahtera dalam perjalanan menuju bahagia. Bagaimana?
Mengharungi ombak? Ya,mungkin.Tapi selamatkah di hujung nanti? .Cuba kita hargai perasaan orang menimbulkan saat manismu itu.Dan juga orang
turut bersamamu ketika ribut dan tafanmu.Susah payahmu telah menjadi susah-payah dalam hidupnya jua. Bukan membebankannya,malah
menggembirakannya kerna telah melepaskan kesusahan itu daripada orang yang dia sayangi. Dan jua untuk turut sama-sama berkongsi merasai
kegembiraan itu. Supaya pengertian hidupmu akan menjadi lebih gigantik dan bonbastik dan bukannya LASTIK !! ataupun elastik yang mudah goyah
dan mudah berubah serpti hipokrit yang tidak tetap pendiriannya.Rosak malahan lagi merosakkan apa yang ada di sekelilingnya.
BUkan untuk menyuruh melupakan yang lain,tapi itulah cara untuk mendapatkan kemanisan saat-saat manis yang mengemudi kapal ke arah pulau
yang penuh bahagia itu.Ya,kapal...Kapal yang sedang berlayar.


Masakan mahu tiba ke sana jika tiada pengorbanan? Melainkan kau pergi ke pulau lain.Itu pengecut namanya ! Lari dari medan perang hanya untuk
menyelamatkan segenap dirimu. Suatu kebodohan yang tidak dapat dimaafkan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Hah ,dari situ akan
ternampak jelas lah tak perlu ditangguhkan perkara yang telah dimulakan atau menamatkan. Kerna mustahil untuk pulang ke pelabuhan semula andai berada di tengah
taufan.Cuma merempuhinya,akan menghasilkan saat saat yang pernah diimpi ketika belum mengangkat sauh.Smiley Faces

"saat terindah,
saat bersamamu,
begitu lelapnya,aku pun terbuai,
sebenarnya aku pun telah berharap,
ku kan memilikimu selamanya..."Smiley Faces

Lelaki Tak Punyai Perasaan !!

Lelaki,
mungkin para wanita mengatakan lelaki tak mempunyai perasaan dan sukar untuk menunjukkan rasa cinta mereka seperti mana yang dizahirkan oleh
perempuan.Tak ,bukan untuk menafikan,tapi itulah yang sebenarnya.Lelaki juga diciptakan oleh Allah dengan mempunyai hati , perasaan ,sebuah penghayatan tentang kehidupan.

Ya,mungkin anda merasakan ini jijik untuk dilahirkan. Ya,sebab lelaki tak melahirkan semua ini,sebaliknya membuktikan dengan tindakan daripada membuktikannya dengan perkatan.
tetapi bagi saya,sudah sampai masanya untuk para wanita mengetahui bahawa lelaki semesinya mempunyai sebuah perasaan cinta yang mendalam daripada perempuan.
Bukti? Begitu banyak buktinya cinta seorang lelaki. Ya,tidak bolehlah dibandingkan perasaan cinta kepada ibu. Apa yang ingin dizahirkan di entry ini ialah, perasaan antara pasangan
,lelaki dengan perempuan.

Bukti yang membuktikan lelaki mempunyai rasa cinta yang lebih hebat telah banyak terbkti dengan pembuktian yang tak dinafikan. Cuba kita fikirkan, apa kah bukti itu?
Sebagai contoh;

Nabi Adam Alihissalam,
Baginda merasai begitu sunyi pabila berada di syurga dahulu,maka Allah
menghadiahkannya Hawa. Seorang perempuan pertama
yang lahir ke dunia. Bagaimana rasa kasih Adam kepada Hawa? Dapat kita lihat kan?

Haha,tak usahlah disebut kan tentang sebuah peperangan dahsyat pada Zaman Greek dahulu hanya kerana seorang perempuan.Kerana seorang perempuan,Hector dan Herculese berperang. Tapi,hanya kerana seorang perempuan,
beribu-ribuan yang tentera yang mati meninggalkan anak, saudara mara dan sebagainya. Bukanlah hendak dikatakan BODOH berperang hanya kerana seorang perempuan,
tapi itulah lelaki,berjuang bermati-matian hanya untuk memiliki seorang perempuan yang diperlukanya untuk hidup. Pernahkah semua fikirkan bahawa lelaki juga mempunyai
perasaan ? Hmmh, pabila dikatakan tentang cinta atau dibicarakan tentang cinta, pastinya perempuan yang asyik hebat membicarakan tentangnya. Tapi,pabila lelaki mula
berbicara,mula lah,menjadi buih mulut,mengatakn semua itu hal untuk orang perempuan. Ini lelaki,lelaki ini turut mempunyai hati,hati yang berasal dari darah. Yang mana
bentuknya dan elemennya menyamai hatimu wahai Hawa.

Tak,bukan bererti untuk mengatakan atau mencela kamu Hawa, tapi ,fahamilah,lelaki mempunyai perasaan.Juga sepertimu yang mempunyai perasaa.Cubalah fahami,
bukan sekadar memahami perasaan dengan sekadar mengangguk atau mengiyakan, tapi selami dalam hati. Dan tentunya yang pentin, PENGHARGAAN. Kerana lelaki
mudah terasa dikhianati apabila perasaannya tak dihargai.

Adakah ini ridiculous? Entah,biarlah,asalkan ada orang dapat menyedari bahawa lelaki mempunyai perasaan dan bukannya berasal dari batu yang mana hatinya turut sama batu.
Tentulah kan hati tak mempunyai batu.

Contoh yang terbesar,kita dapat lihat ciri ciri kasih sayang yang besar oleh baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihiwassalam~, yang mana ketika matinya Siti Khadijah
iaitu isteri tercinta baginda . Seperti yang kita tahu beza umur antara Nabi Muhammad dengan Siti Khadijah adalah begitu jauh. Subhanallah,di dalam perkahwinan baginda,
pernahkah baginda menduakan isterinya? Takkan? Kerana cinta baginda.

Membuktikan lelaki mempunyai perasaan. Ketika hari Siti Khadijah meninggalkan dunia,
Baginda Nabi menangis,bukan meratapi pergian Siti Khadijah, tetapi mengenangkan kembali masa masa yang pernah Baginda lalui bersama isterinya di dalam berjuang
meneruskan agama Allah, Islam. Itu adalah salah satu contoh terbesar yang boleh kaum lelaki ambil kira untuk dijadikan contoh. Sebuah cinta sejati yang lahir kerana Islam.
Contoh telah terbukti kan? Hargailah lelaki. Ya,sebelum ini,telah berjela jela panjangnya dihuraikan perkara untuk menghargai perempuan,tiba masanya
saya menulis dan berkarya untuk menyedarkan perempuan untuk turut MENGHARGAI LELAKI. Pembetulan,bukan untuk menyalahkan,tetapi sekadar untuk
memberitahu cuma dan menyedarkan yang telah lalai.

"Cintailah Dia selagi hayatmu masih ada,kerna cinta Dia yang akan membawamu mencintai dia....Dia dan dia adalah berbeza...."

Thursday, December 3, 2009

Warisan Wanita Terakhir

Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir


He he he he....menyentuh tentang isu "warisan Wanita Terakhir", nak sembang la sikit kan. Sekarang,semakin tua hari ,macam dah kurang kualiti perempuan Melayu sekarang.Take NOTE ! bukan semua ye!! Manakan t idaknya,dari segi pemikiran actually, banyak yang memikirkan ,nak jadi BLONDE~

Waaah,come on girls, i agreed that BLONDEs are really realy hot. Tapi,takkan la kita nak jadi just like them kan? Bergaya tak tentu arah,mandi air karat sampai rambut pun berkarat karat.


They are HOT right???

But, what makes they look HOT? BEcause diorang menjadi " diri sendiri". Itu yang menjadikan diorang HOT.. Ok,macam mana nak jadi orang Melayu yang HOT???

Caranya==>

1.pakai tudung

2.tutup aurat , doesnt meant that pakai tudung is tutup aurat ok

3.cuba jadi seorang yang solehah,ikut cakap ibu bapa


Bukan apa,saya cakap ni, because sebagai manusia, saya sayangkan "kamu".Bukan nak menindas atau mengutuk,tapi cubalah,kita cuba jadi yang elok ok?


Kaum lelaki? sama ja,tapi lelaki tak nampak sangat ,sebab etika pemakaian,still jaga aurat.Walaupun ada yang sikit2 tu tak jage.hehehee...


if saya salah,tegur ok?? huhuhu~~








Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir

Verse 1 :

A E D F#m

.. Bila kita dalam malam perpisahan

Bm D E A

.. Namun aku tetap bersamamu

E D Bm F#m

.. Ku rasa bagai satu sentuhan

D A E

Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Verse 2 :

A E D E

.. Dalam dirimu penuh kelembutan

F#m Bm A E A

Semakin hari namun semakin rindu

A E D E

.. Tapak tanganmu akan ku genggam

F#m Bm A E A

Akan ku sentuh ketika sayu

Verse 3 :

F#m Bm

Untukmu akan ku semaikan

E D A

Cinta yang sejati tiada bandingan

F#m Bm

Dalam kerinduan ku sendiri

D E

Dalam kesyahduan kita hadapi

Chorus :

A D E

Warisan wanita terakhir

D E A

Jiwa raga ku serah

D E A

Kau ingin milik segalanya

A D E

.. Di mana kasihmu

D E A

Tiada kau memberi

D

Apa yang ku perlu

E D E A ( E D E A )

Hanya kau dapat memberi (Hati sucimu ingin ku miliki)

Bm D E A

Hanya satu yang ku pinta.. kasih

D E A

Kau warisan wanita yang terakhir

Break

-----

A - E / D - F#m / Bm - D / E - A //